• Home
  • Sukan
  • Sportflex Malaysia Jalin Kerjasama Bersama MSN Melaka Bagi Liputan Media SUKMA Selangor 2026
3

Sportflex Malaysia Jalin Kerjasama Bersama MSN Melaka Bagi Liputan Media SUKMA Selangor 2026

MELAKA – Sportflex Malaysia terus mengorak langkah dalam industri media sukan negara apabila secara rasmi menjalinkan kerjasama bersama Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka bagi pengurusan dan pelaksanaan liputan media kontinjen Melaka sepanjang temasya SUKMA Selangor 2026.

Kerjasama tersebut dilihat sebagai satu usaha strategik dalam memperkukuhkan aspek komunikasi, publisiti serta pendedahan media terhadap perjalanan atlet, pasukan dan pencapaian kontinjen Melaka sepanjang temasya sukan terbesar negara itu. SUKMA merupakan temasya sukan pelbagai acara kebangsaan yang menghimpunkan atlet muda dari seluruh negara.

Melalui kerjasama ini, Sportflex Malaysia akan memainkan peranan dalam penyediaan kandungan media, liputan pertandingan, penghasilan visual kreatif, hebahan digital serta dokumentasi rasmi bagi memastikan setiap momen penting kontinjen Melaka mendapat perhatian dan capaian yang lebih meluas.

Pihak Sportflex Malaysia merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh MSN Melaka dan berharap kolaborasi ini mampu memberi nilai tambah kepada usaha mempromosikan pembangunan sukan negeri serta menaikkan profil atlet-atlet Melaka di pentas nasional.

SUKMA Selangor 2026 dijangka menjadi antara temasya terbesar dengan pelbagai acara sukan dipertandingkan serta penglibatan ribuan atlet dan pegawai dari seluruh negara.

“Terima kasih MSN Melaka atas kepercayaan yang diberikan. Semoga kerjasama ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan liputan media sukan serta membawa naratif kontinjen Melaka lebih dekat kepada rakyat Malaysia,” ulas Alieff Firdaus, Pengarah Urusan Sportflex Media & Event Sdn Bhd

Photo by : Uwais Qarni

Hantaran Berkaitan

Negeri Sembilan Benam Perak 30–9 Dalam Aksi Polo Air Lelaki SUKMA XXII Selangor 2026

SHAH ALAM – Pasukan polo air lelaki Negeri Sembilan membuka saingan peringkat kumpulan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan…

Melaka Tewaskan Kelantan 2-0, Buka Kempen SUKMA XXII Dengan Tiga Mata

SHAH ALAM – Pasukan bola sepak lelaki Melaka membuka kempen SUKMA XXII Selangor 2026 dengan langkah positif selepas…

Elaine Chong Buru Mahkota SUKMA, Sasar Pentas Sukan SEA 2027

SELANGOR – Beraksi di laman sendiri menjadi pembakar semangat buat pemain bola keranjang Selangor, Elaine Chong Hui Lin…

SUKMA 2026 : Kriket Melaka Buka Tirai Dengan Langkah Kanan

KLANG – Melaka membuka kempen SUKMA 2026 dengan kemenangan selepas menewaskan Pahang dalam aksi kriket T50 lelaki, sekali…

Scroll to Top
Secret Link