• Home
  • Hiburan
  • Jualan Tiket Fasa 1 Sold Out Kurang 10 Minit, FURY Championship Vol. II Bakal Gegarkan Karisma Arena Julai Ini.
fury1

Jualan Tiket Fasa 1 Sold Out Kurang 10 Minit, FURY Championship Vol. II Bakal Gegarkan Karisma Arena Julai Ini.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2026 – Bahang FURY Championship Vol. II semakin dirasai apabila jualan tiket Fasa 1 habis terjual dalam tempoh kurang daripada 10 minit selepas dibuka kepada umum, membuktikan keterujaan luar biasa peminat sukan tempur terhadap kejohanan yang bakal berlangsung di Karisma Arena pada 25 Julai 2026.

Sambutan memberangsangkan itu sekali gus meletakkan FURY Championship sebagai antara acara sukan tempur paling dinantikan di Malaysia tahun ini. Kejohanan edisi kedua ini dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peminat, selain menampilkan barisan petarung terbaik tempatan dan antarabangsa dalam satu malam penuh aksi berprestij.

Kemuncak kejohanan bakal menyaksikan perebutan gelaran sulung FURY Muay Thai Lightweight Championship, menyaksikan jaguh negara Izat Zaki bakal berdepan pencabar antarabangsa Brian Lawitan dalam pertarungan yang dijangka mencuri tumpuan peminat sukan tempur.

Selain pertarungan utama, peminat turut bakal disajikan dengan deretan aksi Muay Thai dan tinju profesional melibatkan petarung-petarung berkualiti dari dalam dan luar negara, menjadikan FURY Championship Vol. II sebagai platform terbaik untuk menyaksikan aksi bertaraf antarabangsa di Malaysia.

fury3

Bagi menghangatkan lagi suasana menjelang malam kemuncak, pihak penganjur turut mengadakan Ceremonial Weigh-In & Face Off pada 24 Julai 2026 di Arena Premier Boutique Hotel, yang akan menghimpunkan semua petarung buat kali terakhir sebelum mereka memasuki gelanggang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Wafiy Ilham bin Johan, Fury Championship Vol. II bukan sahaja menjanjikan aksi pertarungan berintensiti tinggi, malah bertujuan mengangkat industri sukan tempur tempatan ke tahap lebih tinggi melalui penganjuran bertaraf profesional yang memenuhi standard antarabangsa.

Orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejohanan ini secara langsung disarankan mendapatkan tiket Fasa seterusnya seawal mungkin memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tiket boleh didapati melalui platform Wowtix, manakala siaran Pay-Per-View (PPV) boleh ditonton secara eksklusif menerusi Tonton.

Dengan rekod jualan tiket Fasa 1 yang habis terjual dalam masa kurang 10 minit, kehadiran barisan petarung elit tempatan dan antarabangsa serta perebutan gelaran pertama FURY Muay Thai Lightweight Championship, FURY Championship Vol. II diyakini bakal mencipta satu lagi sejarah sebagai antara acara sukan tempur paling berprestij di Malaysia.

fury2

Hantaran Berkaitan

Negeri Sembilan Benam Perak 30–9 Dalam Aksi Polo Air Lelaki SUKMA XXII Selangor 2026

SHAH ALAM – Pasukan polo air lelaki Negeri Sembilan membuka saingan peringkat kumpulan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan…

Melaka Tewaskan Kelantan 2-0, Buka Kempen SUKMA XXII Dengan Tiga Mata

SHAH ALAM – Pasukan bola sepak lelaki Melaka membuka kempen SUKMA XXII Selangor 2026 dengan langkah positif selepas…

Elaine Chong Buru Mahkota SUKMA, Sasar Pentas Sukan SEA 2027

SELANGOR – Beraksi di laman sendiri menjadi pembakar semangat buat pemain bola keranjang Selangor, Elaine Chong Hui Lin…

SUKMA 2026 : Kriket Melaka Buka Tirai Dengan Langkah Kanan

KLANG – Melaka membuka kempen SUKMA 2026 dengan kemenangan selepas menewaskan Pahang dalam aksi kriket T50 lelaki, sekali…

Scroll to Top
Secret Link