• Home
  • Hiburan
  • Marsha Milan Bakal Warnai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur
marsha milan

Marsha Milan Bakal Warnai Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Penyanyi terkenal tanah air, Marsha Milan diumumkan sebagai artis jemputan khas bagi konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 5 September 2026.

Pemilihan Marsha dibuat atas persetujuan anggota Ungu sendiri yang menyifatkan beliau memiliki kekuatan vokal, penghayatan emosi yang mendalam serta karakter suara yang unik, menjadikannya pilihan terbaik untuk berkongsi pentas sempena sambutan 30 tahun kumpulan legenda Indonesia itu.

Menurut Ungu, mereka telah lama mengikuti perkembangan kerjaya Marsha dan percaya kehadirannya mampu memberikan dimensi baharu kepada persembahan menerusi gabungan vokal yang mantap serta interpretasi muzik yang berbeza.

Kehadiran Marsha dijangka menjadi antara tarikan utama konsert tersebut, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan kolaborasi istimewa antara dua nama besar industri muzik Nusantara.

Hantaran Berkaitan

Tipe-X, Last Child Lengkapkan Barisan Latihan Pestapora Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Festival muzik rentas budaya, Latihan Pestapora Malaysia 2026, melengkapkan senarai artisnya menerusi pengumuman…

Gerak Khas 2.0 Kembali Dengan Jalan Cerita Lebih Kontemporari, Satukan Pelakon Lama dan Baharu

Selepas lima tahun menamatkan siaran menerusi Gerak Khas: The Finale, francais drama kepolisan Gerak Khas kembali ke kaca…

Jualan Tiket Fasa 1 Sold Out Kurang 10 Minit, FURY Championship Vol. II Bakal Gegarkan Karisma Arena Julai Ini.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2026 – Bahang FURY Championship Vol. II semakin dirasai apabila jualan tiket Fasa 1 habis…

Scroll to Top
Secret Link