• Home
  • Hiburan
  • Ella Pilih Setia SPICE Arena Untuk ‘Homecoming’, Temui Peminat 22 Ogos Ini
img 5306

Ella Pilih Setia SPICE Arena Untuk ‘Homecoming’, Temui Peminat 22 Ogos Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru kini akan berlangsung di Setia SPICE Arena pada 22 Ogos 2026 selepas berlaku perubahan tarikh dan lokasi berbanding pengumuman awal.

Perubahan itu diumumkan oleh Hitman Solutions selepas mengambil kira aspek keselesaan penonton, keperluan produksi dan pengalaman konsert yang lebih menyeluruh. Venue tertutup itu dipilih kerana menawarkan susun atur yang lebih dekat dengan pentas, sistem akustik yang lebih baik serta perlindungan daripada faktor cuaca.

Menurut penganjur, pemilihan Setia SPICE Arena turut didorong oleh permintaan peminat yang mahu mengulangi pengalaman konsert berskala besar Ella di lokasi sama yang pernah mencatat kehadiran lebih 14,000 penonton menerusi konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

img 5307

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang telah dibeli akan dipindahkan secara automatik ke tempat duduk yang mempunyai nilai setara tanpa kos tambahan.

Konsert sempena ulang tahun ke-60 Ella itu turut menampilkan Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan khas, manakala beberapa lagi nama bakal diumumkan dalam masa terdekat. Tema “90’s Glam Rock: Battle of The Bands” turut dikekalkan bagi menghidupkan semula era kegemilangan rock yang sinonim dengan perjalanan seni Ella.

Hantaran Berkaitan

Tipe-X, Last Child Lengkapkan Barisan Latihan Pestapora Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Festival muzik rentas budaya, Latihan Pestapora Malaysia 2026, melengkapkan senarai artisnya menerusi pengumuman…

Gerak Khas 2.0 Kembali Dengan Jalan Cerita Lebih Kontemporari, Satukan Pelakon Lama dan Baharu

Selepas lima tahun menamatkan siaran menerusi Gerak Khas: The Finale, francais drama kepolisan Gerak Khas kembali ke kaca…

Jualan Tiket Fasa 1 Sold Out Kurang 10 Minit, FURY Championship Vol. II Bakal Gegarkan Karisma Arena Julai Ini.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2026 – Bahang FURY Championship Vol. II semakin dirasai apabila jualan tiket Fasa 1 habis…

Scroll to Top
Secret Link